Lena seorang ibu ketika tidur bertukar menjadi cemas apabila seekor lipa bara ditemui menumpang tidur di bawah bantal ketika bangun untuk menyusukan anak.
Dalam kejadian pada waktu pagi subuh itu, Nursyahieda Zainal Asri, 32, terjaga selepas anak perempuannya, Nashreen Nelissa Hirul Faizi, 11 bulan, menangis kelaparan.
Katanya ketika bangun dalam samar-samar cahaya lampu bilik, tiba-tiba Nursyahieda merasakan ada sesuatu merayap di belakang badan sehingga ke kepala.
“Saya berhenti sekejap susukan anak dan melihat sekeliling, tetapi tidak nampak apa-apa.
“Sekali bila angkat bawah bantal, ada seekor lipan bara bersaiz besar,” ceritanya ketika dihubungi.
Nursyahieda berkata, dalam situasi cemas itu dia terus kejutkan suaminya.
“Saya minta suami amik gunting, tapi dia nak guna penyepit.
“Tiba-tiba lipan terlepas sebelum berjaya ditangkap dan suami kemudian membunuhnya,” ujarnya.
Ceritanya lagi, dia tidak dapat meneruskan tidur dan akhirnya terpaksa duduk di sofa dekat ruang tamu kerana trauma akan kejadian tersebut.
Malah, Nursyahieda sudah membersihkan kawasan rumahnya namun masih tidak menemui punca dari mana datangnya lipan itu.
Katanya, ia insiden ini pertama berlaku.
“Lepas kejadian itu, saya jadi susah nak tidur. Sekejap-sekejap terjaga dan periksa anak-anak serta suami sekiranya ada lagi kewujudan lipan tersebut,” katanya.
Kejadian tersebut turut dikongsikan dalam laman TikToknya dan sehingga kini ditonton lebih 1.5 juta kali.
Video :
@utusantvofficial Besar wooooo… ?. Kejadian di Kluang, Johor. ?️ syahidasyaa26 #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #lipan ♬ Horror Sound Music – Mauro Rawn
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet berkongsi pengalaman yang sama berdepan serangga berbisa itu.