Anak Nangis Penat Naik Tangga Tingkat 17 Rumah, Ibu Serba Salah Hidup Susah

Aku rasa berdosa & looser sebab tak boleh wujudkan rumah terbaik untuk anak.

Ibu bapa mana yang enggan sediakan rumah paling selesa untuk anak-anak membesar? Bukanlah tidak mahu berusaha mengubah nasib, namun kesempitan hidup yang semakin menekan terkadang membuatkan mereka di jalan buntu. Jangankan angan-angan membeli rumah besar, sedangkan makanan pun ada yang terpaksa mencatu setiap hari.

Beberapa hari lalu, seorang ibu bernama Puan Sasya Syanina berkongsi rasa sedih melihat tangisan anaknya yang kepenatan menaiki tangga rumah PPR mereka. Ini sekali gus mendedahkan realiti pahit kebanyakan penghuni di rumah mampu milik itu di mana mereka sering berdepan dengan isu fasiliti tidak diselenggara. Dugaan berat yang dihadapi sedikit sebanyak membuatnya merasa serba salah kerana belum mampu menyedikan ‘mahligai’ selesa untuk semua cahaya matanya.

Bila call pihak pengurusan mereka suruh sabar…Kami dibuat macam bola

Bukanlah tidak bersyukur, namun kerosakan lif yang berlaku lebih 6 bulan itu cukup menyusahkan penduduk. Bukan saja kanak-kanak, bayangkan pula bagaimana dengan nasib orang tua yang sudah tak berdaya, ibu hamil ataupun golongan OKU yang bergantung kepada kemudahan tersebut? Pihak pengurusan yang menerima aduan juga seperti bertindak acuh tak acuh.

Anak sulung balik 1.20 tengah hari…Patut boleh balik rumah dulu, tapi terpaksa bawa baju salin tempat lain.

Berbalik kepada kisah Puan Sasya, masa yang terlalu lama digunakan untuk turun naik tangga turut menganggu persediaan anaknya untuk ke sekolah agama. Mahu atau tidak, mereka terpaksa menukar baju dan makan di dalam kereta saja sebelum menuju ke sana. Rupa-rupanya, isu itu pernah masuk ke laporan berita tetapi keadaan masih lagi sama hingga ke hari ini.

Baca lagi

Leave a Reply