Kucing merupakan haiwan yang sering menjadi pilihan ramai untuk dibela oleh orang ramai kerana sifatnya yang manja dan comel. Walau bagaimanapun, ada sesetengah orang sangat takut selain merasa terancam dengan binatang ini sehingga boleh menangis. Malah keadaan itu juga terbukti secara saintifik dan dipanggil sebagai ‘Ailurophobia’.
Siapa sangka rupanya Issey pun takut kucing… Sharifah Shahirah ambil kesempatan usik
Siapa sangka penyampai radio terkenal iaitu Issey juga antara salah seorang yang takutkan binatang berkenaan. Dalam satu penggambaran sempena hari raya akan datang, rakannya Sharifah Shahirah telah bertindak mengusik pelakon tersebut dengan menyuakan seekor kucing berwarna putih.
Pakat ramai-ramai pegang tak bagi lari…Issey punya takut sampai menjerit tak nak pegang
Rakan penyampai radio lain yang sudah sedia maklum dengan masalah fobianya itu turut sama berpakat dengan memegang Issey supaya tidak lari. Pelakon siri komedi ‘J.K.K’ tersebut berkali-kali dilihat menjerit serta alihkan tangannya daripada terpegang kucing berkenaan.
Video :
Kalau dah takut jangan buat main…Kucing jeling je pun dah seram sejuk rasanya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur saat melihat reaksi yang telah ditunjukkan Issey. Selain ada yang bersimpati dengan nasib pengacara berkenaan, ramai juga berkongsi pengalaman sama apabila takutkan haiwan berbulu seperti kucing.