Bayi 4 Bulan Naik Pentas Graduasi, Wakili Ibu Yang Meninggal Selepas Bersalin

Majlis graduasi ataupun konvokesyen adalah satu majlis yang ditunggu-tunggu oleh setiap individu yang sudah berhempas pulas demi segulung sijil.

Setiap ibu bapa pula sudah tentu teruja dan bangga untuk berada di dalam dewan melihat anak mereka naik ke pentas, namun berbeza pula dengan perkongsian ini.

Men1nggal Selepas Melahirkan Anak

Dalam satu perkongsian milik _alsinthya28 di laman Tik T0k, dilihat seorang bayi kecil yang dikendong neneknya untuk menerima sijil mewakili seorang wanita bernama Citra Fadillah.

Difahamkan, Citra Fadillah merupakan ibu kepada bayi tersebut yang dikenali sebagai Kimberly yang telah men1nggal dunia setelah melahirkan kanak-kanak tersebut.

“Adik Kimberly wakili ibunya yang waktu dia buka mata, ibunya pula menutup mata.”

Memetik laporan laman berita Indonesia yoursay.id, suami kepada allahy4rhamah tidak dapat hadir untuk mewakili Citra kerana sedang ditahan polis selepas terlibat dalam satu kem4langan jalan raya.

Video :

@_alsinthya28 Wisudah hari ini terlalu mengandung bawang?#wisuda #fypシ #xyzbca ♬ suara asli – Alsinthya Manda’

Menjengah ke ruangan komen, netizen akui seb4k melihat video berkenaan, serta mendoakan agar bayi 4 bulan itu membesar dan menjadi seorang yang berjaya seperti ibunya.

Baca lagi

Leave a Reply