Itu antara kata-kata dan luahan seorang lagenda bola sepak Selangor dan dikatakan antara pemain tengah atau “Midfield” yang terbaik pada ketika era 80an dan awal 90an.
” Apa yang berlaku semua ini adalah takdir, saya terima qada dan qadarNya..”
Itu situasi dialami bekas bintang bola sepak negara, Azhar Sharif yang hidup susah menumpang di hutan simpan di Kampung Kemensah, Hulu Kelang, Selangor.
Namun siapa sangka nasib beliau berubah apabila kini dilaporkan hidup melarat.
Malah, dia juga pernah beberapa kali menyarung jersi Harimau Malaya dengan memori paling manis berjaya membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka pada tahun 1986.
Azhar, 56, yang seangkatan dengan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari adalah antara tonggak utama Selangor pada era pertengahan 1980-an dan pernah menjulang Piala Malaysia pada 1984 dan 1986.
Bagaimanapun ‘langit tak selalunya cerah’ apabila pada 1995 karier bola sepaknya musnah selepas menerima kecderaan serius ketika beraksi untuk Perak ketika itu.
Dia disahkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) selepas dibentes pertahanan import Selangor, Mehmet Durakovic yang memaksa Azhar membuat keputusan menggantung but, sekali gus meninggalkan sukan yang paling diminatinya itu.
Menceritakan kehidupannya ketika ini, Azhar mengakui hidupnya kini sukar terutama sejak setahun lalu apabila pndemik COVlD-19 melanda negara di mana dia hilang punca pendapatan sebagai jurulatih untuk beberapa pasukan komuniti sekitar Gombak.
Kemuncak kesulitannya, dia terpaksa berteduh di sebuah rumah usang di lereng bukit milik kawan karibnya yang juga bekas penjaga gol Kuala Lumpur sambil membuat kerja sampingan dengan menjaga reban ayam milik rakannya itu.
Katanya, dia bersyukur dengan bantuan rakan karibnya, namun tidak menolak hasrat untuk mencari kediaman lebih selesa di mana dia mahu memberi fokus untuk menuntut ilmu agama.
Azhar (kanan). Gambar kanan Azhar di rumah tumpangan di lereng bukit hutan simpan di kampung Kemensah, Hulu Selangor.
Kadangkala makan ubi kayu
” Kalau dapat tinggal di asrama tempat belajar agama pun tak apa. Saya dah tak mahu kejar dunia lagi, semua itu bukan dunia saya dah.
” Walaupun rumah ini dalam hutan, tapi saya tenang. Tapi kalau boleh saya nak cari akhirat dan belajar agama sebab saya nak buat persediaan untuk dunia satu lagi.
” Ada kawan nak bawa saya ke Perlis belajar agama di sana dengan Cikgu Jan (Norizan Bakar-bekas jurulatih negara).
” Tapi jauh sangat kalau boleh dapat dekat sini pun lebih baik.
” Itu saja saya nak, benda lain saya tak mahu dah,” katanya yang mengakui kadangkala hanya makan ubi kayu untuk meneruskan kehidupan.