“Belum Menanggung Isteri Dah Berkira”-Gadis Tak Tahan Sebak Dipersoal Harga Air Terlampau Oleh Teman Lelaki Namun Lain Pula Yg Dikomen Netizen

Dalam menjalin sesebuah hubungan, tidak salah sekiranya mengamalkan ‘give and take’ bersama pasangan dengan tidak terlalu berkira untuk mengeluarkan sedikit wang ketika meluang waktu bersama.

Suasana ‘dating’ jadi hambar

Namun, lain pula kisah yang menimpa pasangan ini apabila suasana janji temunya berubah hening selepas tindakannya seperti mempertikai harga air yang dibeli kekasih.

Gadis tahan nangis harga air dipertikai kekasih

Sorotan video itu dapat dilihat menerusi muat naik semula oleh pemilik akaun bernama @sabbybyyy di laman Twtter yang menyaksikan reaksi kekasihnya selepas ditegur.

Gadis itu hanya tertunduk sambil cuba memasang pelekat pada cawan air tersebut sehingga tanpa sedar matanya berkaca menahan air mata dari jatuh.

“Nilai sendiri lelaki macam ni”

Susulan perkongsian, warga netizen terus membanjiri ruangan komen dengan pelbagai hujah yang rata-ratanya ikut sakit hati mengenangkan tindakan lelaki itu.

“Kalau berkira sangat, tak payah ada GF””Baling je kat muka dia””Pantang betullah berkira bab makanan”.

SUMBER:Twttr@sabbybyyy Via Redaksi.com

Baca lagi

Leave a Reply