“Boleh Buat Filem Expandables 3 Versi Malaysia…” Dah Cecah 60 Tahun Badan Masih Berotot Buat Ramai Terkejut.

Jika kita melihat bentuk badan yang tegap dan sasa, siapa sangka usianya sudah mencapai 60 tahun. Memasuki usia warga emas, kudrat lelaki ini cukup bertenaga mengangkat berat.

Telah tular sebuah video di sosial media TikTok dimana sekumpulan warga emas sedang ‘workout’ dan kesemuanya memiliki otot pada badan.

Tahap kecergasannya dalam aktiviti bina badan juga mengalahkan kebanyakan anak muda! Untuk pengetahuan anda, beliau ialah Zetri Munir, seorang ahli bina badan yang juga cukup terkenal.

Zetri Munir masih bergiaf aktif dalam bidang kecergasan meskipun bertahun-tahun ‘merehatkan’ diri daripada menyertai pertandingan bina badan.

Datuk kepada enam cucu itu merangkul gelaran Mr Universe di Kejuaraan World Mr Universe di Hawaii, Amerika Syarikat pada 1995.

Selain Mr Universe, Zetri juga dinobatkan sebagai Mr Asia dalam pertandingan bina badan di ChongJin, China pada 1995.

Bapa kepada sembilan anak itu turut mewakili negara dalam temasya Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, merangkul Mr Universe di Melaka pada 2011 dan Juara Mr Rony Classic di Jakarta pada 2013.

Zetri yang menetap di Butterworth, Pulau Pinang mengakui banyak soalan yang diajukan terutama mengenai bagaimana dia masih dapat mengekalkan tubuh sasa.

“Sebenarnya semua benda yang bergerak atau hidup selagi aktif, insyaAllah boleh maintain keadaannya walaupun usia dah lanjut.

“Tapi semuanya memerlukan usaha, disiplin dan komitmen seperti pemakanan seimbang dan dibantu dengan suplemen serta melakukan senaman,” katanya.

Video :

@malaysianupdatenews Tiada alasan untuk tidak bersenam kan? ? #malaysianupdate #videoviral #trending #fyp ♬ suara asli – temanlana_

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat gelagat sekumpulan warga emas sedang ‘workout dan ada juga yang bercanda supaya duduk di rumah untuk menjaga cucu.

Baca lagi

Leave a Reply