Guru-guru di sekolah Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang menjadi kelam-kabut apabila berdepan dengan satu kejadian yang tidak diduga disekolah.Cikgu-cikgu Sekolah Jadi Kalut, Kelam Kabut Sebab Staf Tiba-tiba Nak Bersalin Di Sekolah
Hari ini sudah pastinya menjadi hari yang tidak dapat dilupakan oleh mereka semua, apa tidaknya keadaan jadi kelam kabut sebaik sahaja staf Pembantu Pengurusan Murid (ppm) memaklumkan rasa sakit untuk bersalin.
Baca Cerita Penuh
Berikut adalah perkongsian daripada Puan Norazira Zikir.
Jadi bidan terjun beramai-ramai sambut ppm sis bersalin kat kelas prasekolah sis , Cikgu-cikgu Sekolah Jadi Kalut, Kelam Kabut Sebab Staf Tiba-tiba Nak Bersalin Di Sekolah
Sis punya kelam kabut tak boleh nak bincang bila ppm sis bagitau dia rasa macam nak bersalin. Terus lari naik pejabat minta kerani call 999.
Sementara tunggu ambulan, PPM sis dah jerit-jerit tak tahan sakit. Lepas tu air ketuban pulak dah pecah. Memang tak boleh tunggu dah ni. Dia kata baby nak keluar sangat dah.
Dalam keadaan cemas itu, cikgu-cikgu semua berlari satu sekolah bertanya siapa yang berani sambut kelahiran bayi. Mujur ada seorang pengawal keselamatan wanita yang tenang dan membantu proses kelahiran.
Cikgu-cikgu Sekolah Jadi Kalut, Kelam Kabut Sebab Staf Tiba-tiba Nak Bersalin Di Sekolah
Sis duduk sebelah bantu…memang berdebar bila tengok kepala baby dah kluar…mintak ppm try push Alhamdulillah mudah sangat baby keluar.
Cikgu-cikgu Sekolah Jadi Kalut, Kelam Kabut Sebab Staf Tiba-tiba Nak Bersalin Di Sekolah
Ramai mak-mak angkat yang sambut dia hehe. Cikgu-cikgu lelaki dan guru besar pun kalut satu sekolah dah macam bini diorang nak beranak hehe. Semua tak sabar nak tengok baby. Alhamdulillah ustaz iqamahkan baby girl kami ni.
Cikgu-cikgu Sekolah Jadi Kalut, Kelam Kabut Sebab Staf Tiba-tiba Nak Bersalin Di Sekolah
Dengan penuh rasa syukur, bayi akhirnya selamat dilahirkan dengan mudah. Ibu bayi juga berada dalam keadaan stabil. Sementara menunggu ambulan sampai, mereka memandikan dan mencuci bayi menggunakan besen yang ada sahaja.
Cikgu-cikgu Sekolah Jadi Kalut, Kelam Kabut Sebab Staf Tiba-tiba Nak Bersalin Di Sekolah
Memang satu pengalaman yang lain dari yang lain kan.