Hal ini disebabkan, bidang hafalan kitab suci ini memerlukan komitmen dan pengorbanan yang tinggi. Sudah tentu cara kehidupan seharian pun agak berbeza dengan orang lain.
Seorang wanita 24 tahun, Iman binti Mohd Asri berjaya mencapai peringkat hafalan al-Qur’an bagi peringkat yang tertinggi iaitu Syahadah Ula dan melayakkan beliau untuk mengajar al – Qur’an ke pelbagai negara.
Sebagai contoh, para hafiz dan hafizah perlu terikat dengan diet pemakanan yang ketat. Mereka juga perlu mengurangkan tumpuan ataupun mengalihkan perhatian daripada perkara-perkara yang melalaikan untuk memastikan proses hafalan mereka menjadi mudah.
Segala aktiviti berbaur maksiat perlu dijauhi untuk memastikan hati para penghafal al-Qur’an tidak dicemari dengan bintik-bintik hitam yang mampu menganggu hafalan-hafalan ayat suci al- Qur’an daripada sampai ke kotak memori meraka.
Sesiapa yang mampu menghafal keseluruhan al-Qur’an ini bukan calang-calang orangnya. Perkara ini dizahirkan oleh Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin menerusi hantarannya melalui Facebook pada 22 Ogos 22.
Prof. Dr. Zainur Rashid telah menzahirkan ucapan tahniah kepada wanita berkenaan atas kejayaannya mencapai tahap Syahadah Ula Al-Fateh baru-baru ini.
Penulis hantaran tersebut mengatakan bahawa dirinya sudah lama mengenali Iman dan menganggap wanita tersebut sebagai seorang anak remaja yang hebat. Iman adalah antara beberapa orang pemegang ‘Syahadah Ula Al – Fateh’ pada usia yang agak muda.
Menurut Prof. Dr. Zaini Rashid, wanita ini berjaya lulus atas semakan hafalan 30 juzuk al Quran oleh 4 orang pemeriksa dalam tempoh 17 jam.
Kini, Iman Mohd Asri memiliki sanad tahfiz 30 juzuk al Quran yang melayakkannya untuk mengajar tahfiz di mana-mana negeri di seluruh Malaysia. Baliau juga memperolehi pangkat mumtaz iaitu 90 peratus dalam sanad hafazan 30 juzuk.
Selain itu, beliau juga merupakan bekas penyelia Ma’ahad Tahfiz al – Fateh, Batang Kali dan kini, w menjadi jurulatih kepada lima orang pelajar Syahadah Ula di Ma’ahad Tahfiz Al- Fateh, Batang Kali.
Apa itu Syahadah Ula dan Bagaimana Cara Untuk Mencapainya?
Menurut Sinar Plus, Syahadah memiliki tiga peringkat dan peringkat paling tinggi adalah Syahadah Ula. Peringkat ini juga dikenali dengan nama lain iaitu, Syahadah Ulya.
Sebelum mencapai tahap tertinggi ini, terdapat dua peringkat yang perlu ditempuhi iaitu Syahadah Thalisah dan Syahadah Thaniah.
Syahadah Thalisah, peringkat terendah dalam Syahadah mengambil masa tiga hari untuk khatam, iaitu satu hari diperuntukkan untuk menghabiskan 10 jusuk al – Qur’an. Perimgkat seterunya, Syahadah Thaniah pula mengambil pelajarnya membaca 15 juzuk al-Qur’an dalam sehari.
Apabila pelajar berjaya lulus kedua-dua peringkat sebelum ini, barulah mereka layak untuk menduduki ujian kelayakan Syahadah Ula.
Syarat – Syarat Mendapat Syahadah Ula Al – Fateh
Untuk mendapatkan gelaran ini, difahamkan hafalan 30 juzuk al – Qur’an pelajar akan disemak kira-kira 17 jam oleh empat orang panel penguji.
Kualiti hafalan untuk mendapatkan gelaran ini sangat tinggi iaitu hafalan pelajar tidak memerlukan sepuluh pembetulan atau lebih dalam 30 juzuk semakan hafazannya. Para penghafal al – Qur’an juga tidak boleh silap lebih daripada sepuluh kali bagi setiap juzuk semakan hafazan.
Akhir sekali, sekalung ucapan tahniah kepada Saudari Iman binti Mohd Asri. Semoga negara kita dapat merevolusikan bidang hafazan dan melahirkan lebih ramai penghafal al – Qur’an pada masa yang akan datang.