Demi Sesuap Nasi, Wanita Gigih Berjalan Berkilometer Jauhnya Demi Menghantar Pesanan Pelanggan

Pada zaman sekarang, tidak dinafikan bahawa perkhidmatan atau servis penghantar makanan sememangnya mendapat permintaan yang tinggi daripada masyarakat. Contohnya jika kita mahu makan sesuatu tetapi malas nak keluar rumah atau tiada transport, disitulah servis penghantar makanan ini amat diperlukan.

Namun begitu, kita sebagai pelanggan janganlah ‘expect’ makanan yang kita order akan terus sampai depan rumah dengan segera. Lepas itu, kalau pesanan kita lambat dihantar, mulalah komplen sana-sini, siap marahkan rider penghantar makanan tanpausul periksaterlebih dahulu.

Bukan tak boleh komplen, tetapi berpada-pada. Boleh fikir ikut logik akal, contohnya, kalau hari hujan atau waktu puncak, bagilah sedikit masa untuk ‘rider’ hantar makanan kepada kita.

Tular satu perkongsian mengenai seorang pekerja foodpanda yang sedang menjalankan tugasnya menghantar pesanan makanan buat pelanggan.

Seorang pekerja foodpanda ditemui berjalan kaki menghantar pesanan makanan kepada pelanggannya. Difahamkan dia mengambil pesanan dari sebuah restoran dan menghantarnya ke lokasi pelanggannya yang jauh.

Sebagai info, penghantar makanan pejalan kaki adalah dikenali sebagai Foodpanda Walker. Meskipun terpaksa berjalan kaki dengan jarak yang agak jauh, pekerja ini tidak mengeluh dan terus meneruskan perjalanannya selangkah demi selangkah.

Rata-rata netizen memuji kegigihan pekerja foodpanda ini yang dilihat ikhlas dalam mencari rezeki. Diharapkan semoga dia mendapat rating yang tinggi diberikan oleh pelanggannya kerana dia sememangnya layak menerimanya.

Baca lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *