Isu pembuangan bayi yang berlaku di Malaysia kita kian merunsingkan saban hari. Kejadian tersebut sekali gus membuktikan masalah sosial anak muda semakin serius dan sukar dibendung. Sudahlah diabaikan oleh lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab, golongan wanita paling terkesan kerana terpaksa menanggung malu dan rasa bersalah.
Kecoh bayi dijumpai dalam sebuah tong sampah dekat dengan pasaraya…Berlaku di Sabah
Terbaru menerusi beberapa perkongsian di TikTok, kecoh apabila seorang bayi telah dijumpai dalam tong sampah berhampiran sebuah pasaraya. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Indah Permai, Sepanggar, Kota Kinabalu.
Lelaki sangka rengekan datang daripada kucing tapi rupa-rupanya bayi…Jumpa masih bertali pusat
Seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan terdengar suara rengekan kuat. Rupa-rupanya ia bukanlah datang daripada bunyi kucing seperti yang disangka. Dalam kejadian berkenaan, si comel tersebut masih lagi dalam keadaan bertali pusat. Setelah dilaporkan kepada pihak berkuasa, akhirnya bayi itu dibawa oleh petugas kesihatan untuk menerima rawatan.
Orang yang masih menantikan zuriat hanya mampu menangis tengok perbuatan ni
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terkejut dengan kejadian yang berlaku itu. Selain bersimpati dengan nasib si kecil tersebut, ramai yang berharap pelaku dapat ditangkap dan menerima hukuman.