Hilang Sumber Pendapatan Dan Tiada Duit, Lelaki Ditemui Berjalan Kaki Sejauh 1,350km Untuk Pulang Ke Kampung Halamannya

Seorang lelaki yang disalahsangka sebagai penjenayah sebelum akhirnya kisah sebenarnya diketahui. Lelaki berusia 42 tahun telah singgah di sebuah berek tentera kerana mahu meminta air, namun angota tentera pada mulanya menyangka dia adalah seorang penjenayah sebelum menyiasat tentang lelaki itu.

Apabila diselidik dan ditanya, rupanya lelaki itu dalam perjalanan mahu pulang ke rumahnya yang sejauh 1,350 kilometer dengan berjalan kaki! Kisah lelaki itu ternyata mengejutkan anggota-anggota tentera bahkan lelaki itu juga memberitahu dia sudah berjalan sejauh 300km selama 12 hari sebelum dia menemui mereka.

Tambahnya lagi, ketika dalam perjalanan, dia telah menumpang tidur di kuil dan diberi makan minum oleh sami di kuil.

Lelaki ini berpindah ke Songkhla tujuh bulan lalu untuk bekerja di ladang getah di daerah Na Thawi dan sepanjang bekerja dia berjaya meraih pendapatan sekitar RM36 sehari sebagai penoreh. Tujuan utamanya datang ke Songkhla adalah untuk mencari pendapatan dan menghantar duit kepada keluarga di kampung.

Namun begitu, situasinya mulai berubah apabila kerjanya semakin berkurang dan menjejaskan pendapatan yang diperolehnya. Keadaan lelaki ini menjadi makin teruk kerana sudah tiada wang yang tinggal dan tidak memiliki handphone.

Keadaan ini menyebabkan dia tidak mampu untuk menhantar duit kepada keluarganya di kampung dan akhirnya dia membuat keputusan untuk berhenti dan balik semula ke kampung. Lelaki ini kemudiannya membuat keputusan untuk berjalan kaki untuk balik ke kampungnya yang sejauh 1,350 kilometer dimana perjalanan tersebut biasanya akan mengambil masa selama lebih kurang 18 jam jika menggunakan kereta.

Bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki itu, pihak tentera pun mahu membantunya dengan membelikan tiket kapal untuk dia pulang ke Buriram. Namun begitu, lelaki itu memberitahu bahawa dia tidak tahu cara untuk menaiki kapal terbang. Akhirnya, pihak tentera pun membuat keputusan untuk menghantarnya ke stesen keretapi dan memberinya duit sebanyak RM121 bagi menampung perjalanannya.

Untuk pulang ke Buriram, lelaki ini mengharungi tempoh lebih kurang 13 jam dari Phatthalung ke Stesen Kereta Api Hua Lamphong di Bangkok. Sampai di Bangkok, dia perlu menaiki keretapi lain selama 8 jam untuk sampai di Buriram.

Nenek kepada lelaki ini ketika ditemui berterima kasih kepada pihak tentera yang sudah menolong cucunya. Menurutnya dia sangat bersimpati dengan cucunya yang terpaksa berjalan sejauh itu untuk balik dan tertanya-tanya berapa lama perjalanan yang harus ditempuhi cucunya untuk berjalan ke kampung jika tidak ditolong oleh tentera.

Baca lagi

Leave a Reply