Ketika menggunakan pengangkutan awam, sudah pasti setiap orang mahu tiba ke destinasi dalam keadaan selamat. Namun, berbeza pula dengan nasib wanita ini apabila berhadapan dengan satu detik cemas melibatkan seorang pemandu bas yang tidak bertanggungjawab.
Menerusi perkongsian hotsinglemom96 di laman TikT0k, kisahnya bermula ketika dia sedang menaiki sebuah bas dari Melaka ke TBS. Semasa dalam perjalanan, driver bas tersebut dikatakan mula pandu secara ‘melulu’ seakan-akan sedang mengantuk. Malah para penumpang juga ada menasihatinya agar berehat seketika, namun pekerja itu tetap berkeras tidak mahu berhenti.
Driver bas mula memandu secara melulu…seolah-olah sedang mengantuk
Saya jerit sampai menangis…ramai mula bertindak baru di berhenti tepi highway
Sedar akan perkara itu, keadaan mula menjadi huru-hara termasuk ada juga yang menangis kerana ketakutan. Malah jelas si pemilik akaun, bas yang dinaiki juga hampir ‘bertembung’ dengan sebuah lori minyak. Tidak lama kemudian, pemandu berkenaan akhirnya berhenti di tepi highway selepas mendapat desakan daripada orang ramai.
After 40 minit baru bas yang datang…terima kasih akan dua orang ni yang membantu
Meskipun sudah berhenti, namun pemandu tersebut dikatakan tetap berdegil tidak membenarkan sesiapa keluar sehingga sanggup mengunci pintu. Bagaimanapun, mujurlah ada dua orang lelaki yang pantas menghubungi bantuan sebelum polis peronda tiba 30 minit kemudian. Malah pihak pengurusan juga telah sediakan bas baharu bagi setiap penumpang meneruskan perjalanan mereka