Duk Tengah Bergurau, Sekali Abang Kawasan Sampai Ini Yang Dia Lakukan

Gara-gara terkenal dan comel dipandang, itulah antara sebab kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Selain itu, mereka juga sangat manja sekali gus dapat menjadi penyeri hidup seseorang apabila dilanda masalah atau kesedihan.

Bukan sahaja si comel kucing ini bijak dan manja malah kadang kala kelakuan lucunya mengundang pemilik juga hairan terutama apabila merayap keluar rumah namun perlu di jemput pulang.

Walaupun comel, kadang-kadang kucing ni ada perangai anehnya sendiri seperti yang terjadi dalam sebuah video viral ini.

Terbaru menerusi satu video tular di laman tiktok yang dimuatnaik oleh @rubirubies2 memaparkan dua ekor kucing yang difahamkan sedang bergurau.

Apa yang mencvri perhatian ialah gelagat kedua-dua kucing tersebut yang terkejut dan berhenti bergurau setelah kedatangan seekor kucing berwarna oren yang popular dengan nama Oyen.

“Member tu bergurau. Tiba2 ada yg memerhati rupanya,” tulis @rubirubies2 di ruangan kapsyen.

Video :

@rubirubies2member tu bergurau ? tiba2 ada yg memerhati rupanya♬ original sound – catsgebugebu

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 607.4k tontonan, 65.8k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat kucing tersebut.

 

Baca lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *