Nama ratu rock Ella, tidak asing lagi buat peminat muzik tanahair 80-90an. Memiliki suara unik ‘serak-serak basah’ dan lantang membuat penyanyi yang sudah menjangkẫu ke usia 50 ini masih kekal rɛlevan sehingga ke hari ini.
Namun, sejak dua menjak ini penyanyi lagu Sembilu ini sudah mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. Kini dalam diam-diam Ella telah melebarkan sayap perniẫgaannya dengan menjadi pengusaha cili bersama suaminya.
“Sudah sampai masanya untuk saya berbẫkti pada tanah di negara sendiri yang boleh menghasilkan pelbagai jenis tanaman.
“Niat saya hendak mendidik masyarakat dan menjadi inspirasi kepada anak muda,” kata ratu rock tanah air, Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin.
Menurutnya, dia dan suaminya, Azhar Ghazali mengusahakan tanaman fertigasi cili sejak dua tahun lalu dengan m0dal pusingan RM150,000 membabitkan tiga ladang berkeluasan 1.2 hektar.
“Alhamdulillah, tanaman ini sudah masuk musim keenam di mana setiap ladang mampu menghasilkan pengeluaran cili lapan tan.
“Setahun kami dapat menghasilkan dua musim di mana setiap musim dari peringkat semaian hingga menuai mengambil masa selama enam bulan. Kami menggunakan benih cili kulai 461 yang terbukti berkualiti dan baik,” katanya yang ditemui di ladangnya di Puncak Alam.
Ella berkata, setiap ladang mempunyai keluasan 0.4 hektar yang mampu menanam kira-kira 5,000 pokok cili menggunakan beg semaian di mana setiap pokok dapat menghasilkan sehingga dua kilogram (kg) cili dengan panjang mencɛcah lima hingga enam inci.
“Sejak kecil saya suka bercucuk tanam pokok bunga di keliling rumah. Mungkin sudah ditakdirkan jodoh dengan suami mempunyai minat yang sama dalam pertanian walaupun kami tiada asas pertanian.
“Sebelum berkecimpung dalam bḭdang ini, saya dan suami banyak membuat penyelidikan dan mendapatkan maklumat mengenai tanaman fertigasi cili termasuk mengikuti kursus asas pertanian.
“Saya yakin potensi perniagaan pertanian ini mampu menjana pendapatan lumayan sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.
Ditanya mengenai bidang nyanyian yang diceburi sejak 34 tahun lalu, Ella berkata, dia menjadikan bidang nyanyian dan pertanian sebagai kerjaya utama kerana meminati industri berkenaan.
“Saya akan terus menyanyi kerana minat sejak kecil dan pada masa sama akan memantau perkembangan ladang cili supaya ia tidak dilakukan separuh jalan.