Isu pemandu yang culas membayar tol memang antara perkara biasa yang berlaku. Seperti perkongsian video yang telah tular ini memaparkan gelagat pemandu Honda yang sanggup ‘cucuk’ di belakang keretanya semata-mata tidak mahu membayar tol.
Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan pemandu Honda yang berada di laluan tol Touch N Go namun dia kemudiannya berundur ke belakang. Pada awalnya, pemilik video menyangka pemandu Honda tersebut tidak mempunyai baki yang cukup dan ingin menambah nilai di lorong yang lain menyebabkan dia mengundur keretanya keluar dari laluan tol itu.
Baca Cerita Penuh
Pemandu wanita itu kemudian memandu seperti biasa dan masuk ke laluan tersebut untuk membayar tol. Namun tidak lama kemudian, pemandu Honda itu dilihat mengekori rapat di belakang keretanya dan berjaya melepasi palang seterusnya memandu keluar tanpa membayar tol.
Perkongsian video itu turut menimbulkan kemarahan netizen dengan tindakan pemandu Honda itu yang berjaya melepaskan dirinya. Dalam masa yang sama, netizen turut berasa ralat apabila pemandu wanita itu tidak dapat memperlahankan kenderaannya semasa melepasi palang tol sekaligus membuatkan pemandu Honda itu berjaya meloloskan diri.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut mengutuk tindakan pemandu Honda itu yang culas membayar tol. Malah ramai yang memerli mungkin juga pemandu Honda itu sudah tidak mempunyai duit kerana membayar bulanan keretanya yang mahal itu.
“Mungkin duit dia habis bayar bulan-bulan tu tak boleh nak bayar tol.”
“Kat sini kita boleh belajar nak pilih pasangan jangan tengok kereta tapi tengok acc bank.”
“Duit habis dah bayar bulanan honda.”
“Tempat kerja anak sis tu, memang dia cerita macam-macam peel ada orang macam ni, siap langgar palang lagi tak nak bayar tol…”