Gelagat Pomen Berbulu Buat Ramai Terhibur

Gara-gara terkenal dan comel apabila dipandang, itulah antara sebab kucing sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Selain itu, mereka juga sangat manja sekali gus dapat menjadi penyeri hidup seseorang apabila dilanda masalah atau kesedihan.

Bukan sahaja si comel kucing ini bijak dan manja malah kadang kala kelakuan lucunya mengundang pemilik juga hairan terutama apabila merayap keluar rumah namun perlu di jemput pulang.

Walaupun comel, kadang-kadang kucing ni ada perangai anehnya sendiri.

Terbaru menerusi satu video tular di laman tiktok yang dimuatnaik oleh @marinamaa81 memaparkan seekor kucing yang sedang berguling-guling di atas lantai.

Apa yang mencvri perhatian ialah rupa paras kucing tersebut yang kelihatan agak comot, sehingga bulunya yang berwarna putih bertukar menjadi hitam.

Video :

@marinamaa81 Dasar budak nakal!!!! #kucingbuathal #kucing #kucingnakal ♬ bunyi asal – Koleksi maya

“Dasar budak nakal!!!!,” tulis @marinamaa81 di ruangan kapsyen.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 52.8k tontonan, 6k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut terhibur dengan gelagat kucing tersebut.

Komen netizen :

 

Baca lagi

Leave a Reply