“Genius macam Steve Jobs…” Projek kanak-kanak ini berjaya ke antarabangsa tarik perhatian ramai!

Bila sebut mengenai teknologi, tidak semua orang mempunyai kebolehan dalam menjadikannya ke dalam realiti. Malah, setiap idea yang ingin dicipta haruslah berbaloi dan baik untuk kegunaan orang ramai. Siapa sangka, kanak-kanak kecil yang masih bersekolah rendah ini mampu mencipta idean yang bernas.

Menerusi satu video yang telah tular di aplikasi TikTok milik @aniezahari, dimana beliau memuat naik video seorang pelajar bersama rakan sekumpulannya membuat pembetangan sebuah projek ciptaan yang dianjurkan oleh sekolah tersebut.

Apa yang mengejutkan, sekumpulan kanak-kanak ini mencipta kotak pengering kasut menggunakan ‘hairdryer’ terpakai. menurut kanak-kanak ini, bagaimana terdetiknya pemikiran untuk mencipta pengering kasut ini kerana sekarang merupakan musim hujan dan hal ini sangat memudahkan setiap orang terutamanya pelajar, untuk mengeringkan kasut mereka.

Video :

@aniezahari Inovasi Pengering Kasut #wr_wi #raub #inovasipendidikan #inovasiteknologi #inovasi #sk ♬ original sound – Mizz Anie

Tidak dinafikan, idea kanak-kanak ini sangat bernas kerana ramai yang tidak terfikir untuk membuat produk seperti ini. Malah kalau zaman dahulu, sekiranya kasut basah, hanya menyumbat surat khabar dan letakkan kasut tersebut di belakang peti ais sahaja.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji kumpulan adik-adik yang genius ini.

Baca lagi

Leave a Reply