Gigih Mencari Rezeki Untuk Keluarga, Seorang Bapa Sanggup Susah Untuk Keluarga , Masih Steady Walaupun Tayar Pancit..

Perkongsian daripada seorang netizen yang menceritakan seorang bapa gigih mencari kerja sambil membawa anaknya, namun berdepan dengan masaalah tayar pancit semasa ingin mencari rezeki.

Aku jumpa atas jambatan Penang hala ke pulau tadi. Bapa bersama anak 6 tahun naik moto RC lama tengah panas terik. Dari Bagan Datoh Perak Mai penang nak pusing2 cari kerja. Anak 8 org, umor abang ni lingkungan 40an.

Kat bagan datoh tu dia berkerja kampung sahaja , dan pendapatan agak kurang.

Tadi jumpa dia atas jambatan sambil membawa moto suzuki rc80 tayar belakang pecah & ada budak umor 6 tahun kat depan. Aku Mintak nak tumpangkan budak tu, tp dia taknak. Mungkin dia takut aku bawak Iari anak dia.

So aku bawak dia ke workshop dekat jelutong untuk tukar tayar pancit. Separuh jalan, dah teruk sagat tayar dia. Dekat 10km++ dia tolak motor dia & anak dia duduk kat depan.

Aku bawak dia ke kedai moto, tukar tayar luar & tayar dalam, lepas tu bawak dia pergi makan nasi kandar deen.

Aku mintak no telefon dia, bila aku call, takda bunyi, lepas tu dia keluarkan telefon dia, rupanya bateri dia lemah. Dia guna telefon brand china yg paling murah yang amat. Memang betul macam zaman dulu-dulu.

Lepas bagi no telefon tu, dia teruskan perjalanan nak balik katanya. Mungkin dia dah penat & letih sangat. Aku cuma dapat tolong dia tukar tayar & belanja makan. Semoga urusan dia dipermudahkan.

Sedih betul teman dia tadi. Sepanjang aku duduk dengan dia, dia senyum sentiasa walaupun aku faham, dia datang jauh ni memang betul2 perlukan bantuan.

Baca lagi

Leave a Reply