Hebat la kucing ni. Boleh melekat like spiderman… Pastu jatuh like Ironman… Patut la orang kata kucing ada 7 nyawa…

Seekor kucing hitam benar-benar mengejutkan penduduk di Chicago, Amerika Syarikat apabila masih terselamat selepas terjun dari tingkat lima bangunan apartmen yang sedang terbakar, baru-baru ini.

Lebih memeranjatkan apabila kucing terbabit dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan dan masih mampu berjalan seperti biasa sebaik saja kakinya mencecah rumput.

Kejadian luar biasa itu dilihat menerusi satu video yang dikongsi oleh Jabatan Bomba Chicago menerusi akaun Twitter mereka dan sehingga kini ia ditonton sebanyak 1 juta kali.

Keberanian kucing itu secara kebetulan dirakam oleh salah seorang anggota yang berada di luar bangunan membantu usaha pemadaman api dilakukan.

Video berdurasi 45 saat itu menunjukkan kucing hitam berkenaan secara tiba-tiba muncul dari kepulan asap tebal dan terus melakukan terjunan pada saat ke-28.

Biarpun kedengaran suara orang ramai menjerit kerana bimbangkan keselamatannya, namun haiwan itu seakan tidak menghiraukan mereka demi menyelamatkan diri.

Orang ramai kelihatan terpinga-pinga sebaik melihat gelagat kucing itu yang meninggalkan lokasi kejadian dengan selamat sebaik turun ke tanah.

“Ia terjun jatuh ke tanah dan terus berjalan ke arah sana. Semua orang menjerit ketakutan dan kami terkejut melihat ia terselamat,” kata seorang saksi, Kaniyah Sims kepada ABC 7.

Menurut jurucakap bomba, Larry Langford, mereka dikejarkan ke tempat kejadian kira-kira jam 3 petang selepas menerima panggilan kebakaran dapur di unit apartmen berkenaan.

Video :

Langford berkata, dia tidak pernah melihat kejadian seperti itu dan kucing tersebut sempat berkira-kira untuk membuat lompatannya dengan selamat.

Ketika video itu terus menjadi tular di media sosial, jabatan bomba sempat memuat naik perkembangan kucing ‘terbang’ terbabit dikenal pasti sebagai kucing peliharaan bernama Hennessy yang masih tidak pulang kepada tuannya.

“Menurut tuannya, ia adalah kucing peliharaan dalam rumah dan tidak biasa berada di luar,” tulis mereka di Twitter sambil menjelaskan jirannya turut membantu mencari Hennessy.

Baca lagi

Leave a Reply