Walaupun kucing peliharaan berwarna oren sering menjadi pilihan ramai, tapi jangan tertipu di sebalik rupa comel yang ditampilkan kerana haiwan jenis itu cukup terkenal dengan perangai nakal. Walaupun perkara itu tak dapat dibuktikan secara saintifik, tapi gelagat ‘si oyen’ jadi bualan hangat di laman sosial seperti rakaman yang tular-tukar baru ini.
Dah buat hal koyakkan homework 3 muka surat…pura-pura tak sedarkan diri pula
Baca Cerita Penuh

Menerusi paparan IG Story yang dikongsi oleh individu bernama Zurratul Aina, adiknya telah mengadu kerja sekolahnya telah dikoyakkan oleh kucing peliharaan mereka.
Meskipun ragam tangisannya agak kuat, namun ‘si bulus’ tersebut ‘selamba’ baring dan tak peduli langsung dengan kesalahannya.
Berdasarkan rakaman itu, kanak-kanak tersebut sangat risau bakal dimarahi gurunya kerana gagal siapkan tugasan tersebut apabila hadir ke sekolah nanti.
Dasar nakal punya oyen…Dia ingat boleh terlepas?
Gadis berkenaan malah turut meluahkan tidak mahu bantu siapkan kerja sekolah tersebut kerana salah adiknya yang biarkan kucing tersebut berada di dalam bilik.
Rakaman itu kemudiannya tular apabila dikongsi kembali oleh akaun Facebook ERA dan telah meraih lebih 70 ribu tontonan setakat ini. Di samping bersimpati dengan nasib budak perempuan berkenaan, netizen turut berseloroh bahawa ‘oyen’ itu langsung tak mahu bertanggungjawab.
Video :


