Dalam dunia hari ini, biasanya mereka yang datang dari latar belakang dan jenis yang sama akan lebih mudah ramah dan bergaul dalam satu ‘geng’ bukan? Malah ada juga yang hanya mahu berkawan atau bekerja dengan orang yang ‘sekepala’ dengan mereka sahaja dan tidak mahukan orang lain dalam kumpulan mereka. Ya, tidak semuanya begitu tapi majoriti.
Tidak dinafikan bahawa ayam merupakan makanan keperluan bagi manusia zaman sekarang. Biasanya ayam ini akan disembelih terlebih dahulu sebelum dimasak dan bulu-bulu ayam juga akan dicabut menjadi ‘togel’ agar memudahkan proses memasak.
Namun ternyata bukan sahaja manusia tetapi haiwan juga rupanya boleh ada perangai suka memulaukan rakan sendiri.
Hal ini berlaku kepada seekor ayam jantan di Pemalang, Indonesia seperti yang dilaporkan oleh satu laporan berita.
Ayam jantan ini membesar dengan tiada bulu tumbuh di tubuhnya dan mungkin disebabkan itulah dia dipulaukan oleh ayam-ayam yang lain yang tidak mahu bergaul dengannya.“
Malah yang lagi kesian adalah ayam ini juga kelihatan sering dibuli dan dipatuk oleh ayam lain.
Ayam jantan ini adalah milik milik Liswati, penduduk Desa Mengoneng, Kecamatan Bojongbata, Kabupaten Pemalang, Jawa Tengah.
Menurutnya, ketika menetas ayam tersebut masih ada bulu tetapi beberapa hari kemudian bulunya gugur habis hingga rontok dan tka pernah tumbuh lagi.
Sejak lahir, ayam itu yang kini berusia 7 bulan tidak pernah berkumpul dengan ayam lain yang menganggapnya bukan kelompok mereka hinggakan ayam tersebut selalu kena buli dan dipatuk.
VIDEO:
Tambahnya lagi, dia tidak akan menjual ayam itu dan akan memeliharanya sampai besar.