Jangan main dengan pelampung tandas tu, sergah bapanya. Tapi siapa tahu ini yang mereka jumpa.

Seorang lelaki tidak menyangka akan tuah nasibnya apabila menemui sejenis mutiara yang jarang ditemui dianggarkan bernil4i kira-kira 250,000 P0und Sterling (RM1,397,860).

Mutiara berwarna oren memiliki berat 7.68 gram.

Semuanya bermula apabila Hatachai Niyomdecha, berjalan bersama keluarganya di pantai sebelum terlihat satu pelampung hanyut berhampiran pantai wilayah Si Thammarat.

Lelaki berusia 37 tahun itu membawanya ke rumah dan mahu mengetahui isi dalamnya selepas mendapati tiga cengkerang tersangkut padanya.

Hatachai dan adiknya membawa cengkerang itu kepada bapa mereka, Bangmad, 60, yang kemudian membersihkannya sebelum menemui mutiara berkenaan.

Mutiara itu sebenarnya dikenali oren Melo antara yang jarang dijumpai. Mutiara Melo merupakan spesies mutiara yang tidak boleh dibiakkan seperti mutiara-mutiara lain.

Ia dipercayai hanya boleh dihasilkan secara semulajadi oleh sejenis siput laut bernama Melo Melo dari spesies Volutidae. Oleh itu, ia amat jarang ditemui, membuatkan harganya menjadi sangat mahal.

Ia biasa ditemui dalam cengkerang siput dikenali Melo Melo namun mereka menemuinya dalam cengkerang tiram.

Hatachai dan isterinya merancang menju4l mutiara itu dengan nilai tinggi dan mengesahkan sudah ada senarai pemb3li yang berminat.

“Saya mahu menju4l mutiara itu dengan h4rga paling tinggi. Wang itu tidak akan mengubah hidup saya, tetapi nasib saya.

“Seluruh keluarga saya akan mempunyai kehidupan lebih baik,” katanya seperti dilaporkan Daily Star.

Baca lagi

Leave a Reply