Kucing merupakan haiwan peliharaan yang sangat popular di dunia ini kerana kecomelannya dan telatahnya yang sering menghiburkan kita. Jika sesebuah rumah itu mempunyai haiwan peliharaan, sangat tinggi kemungkinan kucing adalah salah satu daripadanya.
Kucing mempunyai deria bau yang lebih kuat daripada manusia yang membolehkan mereka mengesan sesuatu dengan lebih baik daripada kita. Kisah ini mengenai seekor kucing peliharaan yang dipanggil Didi.
Satu hari, pemilik kucing ini menyedari tingkah laku aneh kucingnya yang sering terjenguk-jenguk ke bahagian tepi dinding dapur sambil mengeluarkan bunyi yang seakan mahu memberitahu sesuatu.
Tidak tahan mendengar bunyi yang dikeluarkan oleh kucing itu, penghuni rumah pun mengambil keputusan untuk memeriksa tempat yang sering dijenguk-jenguk oleh kucingnya.
Penghuni rumah itu kemudian terkejut besar apabila menyedari ada seekor ular tedung senduk berada di tepi dinding dapur sambil menelan tikus!
“Kami hairan melihat Didi terjenguk-jenguk ke bahagian tepi dinding dapur.
“Alangkah terperanjatnya saya melihat seekor ular tedung senduk berada di tepi dinding dapur dalam keadaan sedang menelan seekor tikus,” kata penghuni rumah.
Penghuni rumah pun segera mendapatkan pertolongan daripada jiran-jirannya untuk menghalau ular tersebut. Menurutnya dia terpaksa mendapatkan pertolongan orang kerana menyedari ular tersebut sangat berbahaya dan mempunyai bisa yang boleh membawa maut. Satu tindakan yang bijak sebenarnya.
“Ramai yang datang membantu dan pada satu ketika, ular tersebut berjaya melepaskan diri ke bawah tangga (kaki lima). Ia bersembunyi agak lama.
Selepas dua jam barulah ular tersebut berjaya ditangkap dan kemudiannya dibuang ke sungai. Penghuni rumah bersyukur kerana kucingnya selamat dan tiada apa-apa yang buruk berlaku.
Menurutnya,itu juga memberitahu itu adalah kali kelima ular bertandang ke kawasan rumahnya yang terletak di Pusa, Sarawak itu tetapi sebelum ini, semuanya adalah ular sawa.
Orang ramai adalah dinasihatkan agar sentiasa pastikan puntu rumah ditutup jika tidak dipantau atau digunakan agar sedikit sebanyak dapat menghalang haiwan-haiwan yang berbahaya masuk ke rumah. Rajinkan diri untuk bersihan kawasan sekitar rumah agar tidak menjadi tempat persembunyian haiwan berbahaya seperti ular.