Baru-baru ini, tular satu video di platform media sosial memaparkan sebuah video yang telah mengundang perasaan kurang senang di kalangan warganet.
Baca Cerita Penuh
Dalam video yang dimuat naik semula oleh pengguna Twitter itu, ia memaparkan seorang lelaki di TikTok bangga memberitahu kepada orang ramai bahawa abangnya yang merupakan seorang anggota polis telah membantu dia mengeluarkan motosikal yang telah disita.
Di dalam video itu juga memaparkan foto lelaki itu bersama motosikal RXZ berwarna merah dan juga foto seorang lelaki berada di samping kereta polis.
Menurut pengguna yang memuat naik semula video itu, dia bukan mahu menutup periuk nasi orang lain tetapi apa yang dilakukan oleh lelaki berkenaan sememang salah disisi undang-undang.
Difahamkan, video asal telah pun dipadam di akaun TikTok lagi terbabit selepas dirinya menjadi viral di platform Twitter.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen merasakan lelaki terbabit yang menutup sendiri periuk nasi abangnya secara sengaja dan ia sememangnya akan mendatangkan masalah.