Membawa anak ‘kecil’ ketika berjalan atau membeli belah semestinya memerlukan pengawasan rapi kerana mereka akan terdedah dengan ramai orang yang tidak dikenali.
Bukan ingin menghakimi keperibadian mereka, namun hati manusia tiada siapa yang tahu.
Misalnya seperti yang terjadi kepada wanita ini. Dia menerusi videonya di Tiktok berkongsi detik mendebarkan apabila menyedari anak lelakinya tiada di sisi.
Sewaktu kejadian, dia juga telah meminta anak perempuannya untuk mencari si adik sehingga ke luar kedai.
Tersentuh rupanya santuni budak lelaki luar kedaiWalaubagaimanapun, sungguh tidak terduga apabila dia sendiri telah diperlihatkan ‘moment’ yang sangat menyentuh hati bilamana anak lelakinya itu sedang menghulurkan duit kepada seorang budak lelaki di laluan kaki lima.
“Lembut hati adik tu”
Perkongsian itu secara tak langsung telah menyentuh hati ramai pihak yang menonton dan tak kurang juga yang memuji ketulusan hati budak lelaki itu menyantuni insan di sekelilingnya.