Bukan jarang kita mendengar tentang kucing jatuh longkang dan terperangkap kerana tidak dapat naik ke atas semula terutamanya anak kucing. Sesiapa sahaja yang mempunyai rasa belas kasihan pasti akan tidak teragak-agak untuk menyelamatkan kucing yang dalam kesusahan, tetapi pasti ramai tertanya-tanya mengapa anak kucing sering terjatuh dalam longkang.
Jelas salah satu sebab utama adalah kecuaian mereka yang gemar bermain tanpa menyedari keadaan sekeliling yang berbahaya. Selain itu, cuba mendapatkan sumber air untuk bekalan minuman juga menjadi satu punca mereka sering terperangkap dalam longkang.
Baru-baru ini sebuah perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok yang menyelamatkan salah seekor anak kucingnya yang jatuh longkang telah mencuri tumpuan ramai.
Dalam video oleh gadis bernama nadfatyn itu yang telah meraih lebih setengah juta tontonan, anak kucingnya yang berwarna putih dilihat berpaut pada dinding selepas terjatuh ke dalam longkang besar.
Video :
Setelah berjaya diselamatkan menggunakan bakul dan penyapu, badan kucing itu didapati kotor dan kakinya berdarah, membuat gadis itu hampir menangis.
Tetapi setelah diteliti ternyata kesan merah pada kaki kucing itu hanyalah cat merah membuatkan pemiliknya menarik nafas lega.
Rata-rata netizen juga terhibur dengan gelagat kucing tersebut yang menunggu untuk diselamatkan sebelum masing-masing kena scam dengan kucing tersebut.