Sudah menjadi naluri seorang Ibu untuk memberikan seluruh jiwa raganya untuk anak-anaknya. Bukan hanya manusia, haiwan juga memiliki naluri yang serupa.
Jika kamu pernah mencuba mengganggu seekor haiwan yang sedang menjaga anak-anaknya, tentu haiwan itu akan melawanmu walaupun ukuran haiwan itu kecil.
Pernah suatu ketika, ada seekor anjing yang sedang lapar hendak memakan anak ayam, sentap saja ibu ayam tersebut melawan si anjing sekuat tenaga hingga akhirnya anjing tersebut menyerah dan lari.
Langkah pertahankan diri semacam ini hampir dimiliki semua mahkuk hidup untuk mempertahankan kelangsungan hidup keturunannya.
Tapi apa jadinya jika mus uh yang mengancam sangat kuat dan tidak kenal erti meyerah? Apakah seorang Ibu akan meninggalkan anak-anaknya?
Ternyata tidak! kisah berikut ini menyentuh ribuan orang ketika seekor ibu ayam rela hangus terbakar ketika mempertahankan telur-telurnya.
Kebakaran hutan yang sangat besar telah menghanguskan apa pun yang di laluinya, angin kencang dan cuaca kemarau membuatkan api semakin besar.
Dipastikan semua haiwan dan manusia yang ada di sekitar kebakaran lari menyelamatkan diri, tapi ada ada satu kejadian yang sangat memilukan terjadi disana. Seekor ibu ayam tak mahu beranjak dari telur-telurnya walaupun api sudah membakar sarangnya.
Setelah nyalaan api telah reda, orang-orang menyaksikan pemandangan memilukan itu, ibu ayam telah hangus terbakar dan dengan beraninya ia tetap mempertahankan telur-telurnya.
Ya, walaupun hanya seekor ayam, pemandangan ini sangat menyentuh banyak orang, gambaran kasih sayang seorang ibu ditunjukkan oleh seekor ibu ayam untuk keturunannya. Ibu ayam rela memberikan segalanya bahkan nyawanya demi menyelamatkan telur-telurnya.