Bagi pasangan yang baru menimang cahaya mata, sudah semestinya kegembiraan menerima kehadiran orang baharu dalam keluarga. Malah bayi yang lahir juga merupakan amanah dari tuhan yang perlu kita laksanakan.
Telah tular baru-baru ini video dimana seorang bayi yang baru lahir kelihatan lebih ‘tua’ dari ibunya. Kejadian itu dipercayai telah berlaku di salah sebuah wilayah di Indonesia.
Ibu bapa bayi berkenaan sangat gembira menyambut kelahiran si kecil itu sebelum dikejutkan dengan masalah kesihatan yang menimpanya. Setelah bertanya kepada doktor pakar, mereka telah mengesahkan bahawa bayinya menderita Progeria yang disebut juga disebut sindrom Hutchinson-Gliford.
Kelainan tersebut jarang-jarang berlaku yang menyebabkan kanak-kanak mengalami penuaan dengan cepat bermula pada dua tahun pertama kehidupan mereka.
Video :
@raitiputri372 #mohon doa nya teman” semoga adek ini sehat amin#bantu ♬ suara asli 371 – raitipuspitasari
Lebih menyedihkan apabila foto bayi berkenaan dimuatnaik ke laman sosial dan menyebabkan mereka diejek dan troll dengan kejam.
Semasa kelahiran, ibu berkenaan terpaksa bersalin di rumah susulan kelewatan ketibaan ambulans walaupun telah dihubungi lebih awal.
Selepas dilahirkan, bayi perempuan berkenaan didapati mengalami kecacatan pada bahagian tangan dan memiliki kulit yang berkedut.
Pada ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati dengan apa yang keluarga tersebut hadapi serta menitipkan doa kepada bayi tersebut agar kembali sihat.