Sejak dua menjak ini, terdapat banyak kenyataan daripada sumber-sumber di media sosial mahupun tidak, yang menyatakan amat tidak sesuai untuk mengadakan pilihan raya buat masa ini kerana musim banjir sudah hampir tiba. Iya lah, seperti yang sudah dimaklumkan kepada kita yang hujung-hujung tahun ni hujan akan melanda.
Orang-orang yang membuat kenyataan ini mungkin adalah merupakan mereka yang berada di kalangan ahli-ahli politik dari kedua-dua belah pihak iaitu pembangkang mahupun kerajaan dan segelintir juga adalah mungkin dari parti yang agak kuat yang mungkin tidak tahu mengikut garisan parti.
Mereka kononnya mungkin memikirkan hal rakyat dengan memberi satu ayat tajam yang kedengaran sedap tetapi secara logiknya atau jika difikirkan betul-betul ianya sebenarnya sudah jauh tersasar.Perkara disebaliknya iaitu kebarangkalian banjir akan berlaku di masa kempen pilihan raya itulah yang sepatutnya memberi ketenangan kepada rakyat yang mungkin akan terjejas dengannya.
Jadi adakah berhasil jika menoreh pada waktu hujan lebat sedang melanda?
Satu video perkongsian daripada seorang pengguna teekthok ini mendapat perhatian orang ramai terutama mereka-mereka yang faham akan maksud tersirat. Rata-rata orang ramai dan netizen memberikan pendapat mereka di laman pengguna teekthok ini.
Di bawah adalah antara komen-komen yang ditinggalkan para netizen.