Mudah untuk jumpa orang yang sayang diri kita jika kita sihat tetapi terlalu sukar mendapatkan orang yang tetap setia mendampingi bila diri sakit dan melarat. Kata orang untuk menguji keikhlasan pasangan lihatnya ketika kita tidak mempunyai apa-apa. Pasangan yang memang ikhlas menyayangi akan tetap menemani saat kaya, miskin, sihat atau sakit. Kisah suami kejam buang isteri dalam hutan ini pastinya akan memberi sisi yang berbeza dalam realiti sebuah rumah tangga.
Suami tergamak buang isteri dalam hutan kerana strok
Perkongsian ini ditulis oleh seorang pengguna Fesbuk Andree yang berlaku di Cikampek, Jawa Barat, Indonesia. Kisah ini bermula apabila seorang suami bertindak untuk meninggalkan dan buang isteri dalam hutan selepas wanita itu diserang strok. Mengambil keputusan paling bod0h itu kerana suaminya tidak mahu menjaganya lagi.
Wanita yang juga dikenali sebagai Ikah telah berusia 50 tahun. Dia telah dijumpai oleh penduduk Desa Lewo di Kabupaten Garut, Jawa Barat di bawah pohon besar dalam hutan berhampiran.
Adree memuat naik beberapa foto Ikah sambil menulis caption pemberitahuan, “Jika ada sesiapa yang mengenali beliau sama ada jiran dan sebagainya, minta jasa baik kalian untuk menghubungi keluarganya, terima kasih.”
Hasil maklumat dari Ketua Kampung Lewa Weta, Nova Wylin mengatakan bahawa Ikah dulunya pernah menetap di kampung tersebut tetapi telah berpindah ke Cianjur bersaama suaminya.
Tidur 5 hari dalam gelap hanya ditemani cahaya bulan
Hanya kerana tidak mahu lagi menjaga isteri, seorang suami tanpa berperikemanusiaan dan simpati dengan mudah buang isteri dalam hutan. Lebih menyedihkan wanita itu terkena strok dan sudah 5 hari tidur di bawah sebuah pokok besar dalam hutan seorang diri.
“Siapa yang mengenali wanita ini, sila hubungi keluarganya. Katanya dah 3 hari ditinggalkan di dalam hutan oleh suaminya sendiri,” tulis Andree.
Bagaikan sudah hilang rasa manusiawi, sedikit pun rasa belas tidak ditunjukkan walaupun isteri inilah yang dulu pernah bersama-sama mengecapi bahagia dan kasih sayang.
Ikah selepas ditemui telah dibawa ke hospital di kawasan Karawang untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut oleh doktor yang bertugas. Ahli keluarga, saudara-mara, atau waris wanita itu sudah mendapat makluman tentang kejadian yang berlaku ini dan akan menjemputnya pulang bersama.
Tunggu suami tidak kembali sehingga badan dehidrasi
Walaupun dibuang oleh suaminya sendiri dengan sengaja, di dalam hati Ikah masih ada sekelumit rasa yakin bahawa suaminya akan kembali semula untuk mengambilnya dari hutan itu. Setiap hari dia berharap, sehinggalah badan sudah mula menunjukkan reaksi dehidrasi dan kelaparan.
Tidak disangka permintaan si suami yang mengajaknya untuk berehat di sebuah pokok besar dalam hutan rupa-rupanya adalah hari terakhir dia melihat wajah suaminya itu sehingga ke hari ini.
Kesetiaan pasangan suami isteri lebih bernilai dari emas dan permata
Dalam rumah tangga ada adab dan adat yang perlu kita tahu dan amalkan untuk elak dari perselisihan faham sesama sendiri. Percayalah walau sepuluh tahun pun kita kenal mereka tidak akan sama dengan kehidupan kita selepas berkahwin.
Duduk serumah, makan semeja, tidur sekatil akan memberi kita perspektif yang berbeza tentang diri pasangan yang sebelum ini. Kesolehan seorang isteri diuji di saat suami tidak mempunyai apa-apa lagi dan kesetiaan seorang suami diuji di saat dia mempunyai segalanya.
Jika terdetik dalam hati suami untuk tidak setia kepada isteri, cuba suami lihat wajah isteri dengan hati yang lapang. Inilah wajah manusia yang kita patut taruhkan nyawa untuk mereka, lindungi mereka, belai mereka dengan kasih sayang dan cinta. Kerana isteri sudah bersusah payah berbakti dan mendampingi suami dari awal perkahwinan sehingga sekarang, berusaha untuk taat agar tidak terlepas dari redha suami, dan isteri juga sudah melahirkan ramai zuriat untuk kita.
Cium tangan isteri, peluk isteri, minta maaf pada isteri. Itu tidak menjatuhkan air muka kita sebagai seorang lelaki. Yakinlah suami yang mendahulukan tanggungjawab dan amanahnya dalam keluarga akan lebih bahagia dia dunia dan akhirat berbanding memilih untuk mendapatkan hak-hak dan kuasanya sebagai seorang ketua keluarga. Memiliki ihsan adalah kunci kebahagiaan pasangan suami isteri.