Tak Ada Pengikut Rmai. Nama Sering Ditolak Utk Berlakon Sebab Rupa’ – Amerul Affendi

Demikian kata-kata pelakon Amerul Affendi yang mengakui terkjut apabila Prebet Sapu, sebuah filem bajet rendah boleh terpilih mewakili Malaysia pada Anugerah Akademi (Oscars) ke-94 di Los Angeles, AS, pada 27 Mac tahun depan.

” Saya masih tertanya-tanya mengapakah filem bajet rendah seperti ini tercalon ke Oscar..”

MaIah filem itu dijadual dibawa ke JAFF pun hanyalah untuk tujuan promosi.

Amerul yang diberi tanggungjawab menjayakan peranan utama dalam filem arahan Muzzamer Rahman itu berkata, pada awalnya pihak penerbit hanya berhasrat untuk membawa karya itu ke Festival Filem Asia Jogja-Netpac (JAFF) ke-15 saja.

Dalam masa sama kata Amerul dia juga amat teruja apabila Prebet Sapu akhirnya akan menjengah pawagam tempatan tidak lama lagi.

” Pada awal perbincangan, produksi hanya nak bawa ke Jogjakarta, tapi kemudian ‘disambut’ oleh penganjur penganjur festival lain pula.

” Saya juga berbangga kerana Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) memilih Prebet Sapu untuk dinilai di Oscars ke-94, langkah yang sudah semestinya jadi sasaran agensi tu.

” Namun, hingga ke hari ni, saya masih tertanya-tanya mengapakah filem bajet rendah seperti ini dibawa ke Oscars dan bukan karya memakan kos tinggi yang lain,” katanya.

‘Dulu memang kcewa, sebab tak ada rupa, tapi…’

Untuk rekod Prebet Sapu itu akan bertanding bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa Terbaik.

Ditanya perasaannya apabila filem itu kini mungkin akan mengubah persepsi segelintir pihak yang sebelum ini hanya mementingkan jumlah pengikut berbanding bakat, Amerul menjawab:

” Biarlah mereka fikir sendiri, tak perlu diuar-uarkan lagi.”

Pelakon berusia 35 tahun itu yang sebelum ini mendakwa namanya pernah terpinggir akibat tiada rupa dan tiada pengikut ramai di media sosial berkata, kekcewaannya terhadap mentaliti seperti itu sebenarnya sudah lama “mati.”

” Tapi lama-kelamaan rasa kecewa tu m4ti apabila saya jadikan lakonan hanya sebagai hobi dan beralih bidang kepada bercucuk tanam dan penternakan,” katanya.

” Dulu memang kcewa, sebab tak ada rupa, tak ada pengikut (di media sosial) yang ramai, nama sering ditolak untuk berlakon.

Amerul berkata demikian ketika ditemui pada sesi tayangan perdana Prebet Sapu atau Hail, Driver! di sebuah kompleks beli-belah di Damansara Utama, Petaling Jaya semalam.

Kos filem hanya RM500 ribu

Untuk rekod, filem dibikin dengan konsep hitam putih itu juga mewakili Malaysia ke pelbagai festival filem antarabangsa lain termasuk Udine Far East Film Festival di Itali; Toronto Reel Asian Film Festival (Kanada); Asian Film Festival Barcelona (Sepanyol) dan Innovative International Film Festival (India).

Dihasilkan dengan kos hanya RM500,000 namun disertai beberapa nama besar yang sanggup dibayar token, Prebet Sapu terpilih selepas memenuhi beberapa kriteria ditetapkan penganjur Oscars.

Tak sukar bergandingan

Filem itu memaparkan kisah Aman, seorang graduan yang tidak mempunyai pekerjaan dan terpaksa bergelut dengan masalah ekonomi dengan menjalani kehidupan sebagai pemandu perkhidmatan e-hailing secara h4ram.

Penggambaran Prebet Sapu yang berlatar belakangkan tempoh sewaktu pilihan raya umum itu turut dijayakan pelakon seperti Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron, Nadiya Nisaa, Chew Kin Wah, Jay Iswazir, Anas Ridzuan, Roslan Madun.

Aman kemudian bertemu Bella (lakonan Mei Fen Lim) yang menawarkannya tempat untuk tinggal.

Berkongsi pengalamannya membawakan watak Aman, Amerul, berkata, dia berdepan cabaran besar untuk merealisasikan karakter itu mengikut skrip dikehendaki pengarah.

Ia dijadual menemui penonton di pawagam tanah air bermula 16 Dis ini.

” Mujur pelakon diwajibkan untuk melakukan rehearsal sebelum masuk set penggambaran.

” Memang susah. Sebab karya ni memerlukan pelakonnya memaparkan aksi lakonan semula jadi untuk lalui kehidupan seharian.

” Tapi saya tak alami kesukaran untuk bergandingan dengan Mei Fen sebab dia salah seorang pelajar di Aswara (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan) yang pensyarah di situ kebanyakannya terdiri daripada tenaga pengajar Melayu,” katanya.

Menerusi watak lakonan Amerul sebagai Toyu dalam filem Terbaik dari Langit (2014), beliau memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 pada 2015.

Amerul sebelum ini memberitahu beliau berjinak dalam bidang penternakan kerbau dan patin yang diusahakan beliau di kampung halaman iaitu di Temerloh, Pahang.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Baca lagi

Leave a Reply