Seringkali apabila kita terbaca kejadian tentang ada ular masuk rumah atau bersembunyi bawah katil, celah tandas dan dapur, ia memang menakutkan kita sampai kita rasa geli geleman dan teringat-ingat sampai tidur. Tapi tahukah anda pada masa yang sama ini sebenarnya memberikan kesedaran diminda kita supaya kita lebih cakna serta lebih berhati-hati dengan haiwan berbisa ini tidak kiralah dimana jua kita berada. Lainlah halnya kalau kita berada di shopping mall.
Satu perkongsian daripada seorang pengguna fesbuk ini amat menarik perhatian penonton. Kelihatan seorang abg Bomba sedang melakukn tugas menyiasat & menangkap kehadiran seekor luar sawa yang sangat panjang memasuki sebuah kedai. Pemilik kedai pula mungkin tidak sedar semasa ular sawa tersebut masuk ke dalam kedai ari celah mana lalu bersembunyi didalam stor. Nasib baik pemilik kedai ternampak akan kelibat ular sawa tersebut di celah-celah stor kedai lalu menghubungi pasukan bomba.
Apa yang menarik perhatian adalah kehebatan dan skil serta keberanian abg bomba ini menangkap ular sawa yang besar itu. Tanpa nampak janggal dan takut-takut, dia selamba memegang kepala ular & mengeluarkannya dari timbunan tempat ular itu bersembunyi didalam rumah.
Saiz ular itu sahaja sudah menakutkan kita apatah lagi kalau nak memegang ular itu seperti apa yang abg bomba itu lakukan. tabik abg bomba…. memang terbaik!
Di bawah adalah beberapa komen yang ditinggalkan oleh para netizen.