Kegembiraan sebenarnya adalah sesuatu yang kita ciptakan sendiri. Kadang-kadang,… kegembiraan bukannya terletak kepapda kebendaaan dan ewang ringgit. ia sebenarnya merangkumi sesuatu yang kita sendiri yang kuasai. Kit atahu diri kita bagaimana dan redha atas ketentuan serta rezeki dari tuhan. jadi sekiranya kita redha dan berserah kepadanya,.. hari kita akan menjadi gembira sentiasa.
Amat Jarang sekali kita mendengar yang seseorang itu akan gembira dengan kerja yang dilakukannya, bahkan sangat enjoy melakukan kerjanya walaupun kadang kala kerja itu menimbulkan stigma dalam kalangan masyarakat.
Pekerjaan pengutip sampah sering kali menimbulkan stigma yang tidak elok daripada golongan masyarakat setempat yang beranggapan bahawa pekerjaan pengutip sampah ini kerja yang tiada masa depan dan kotor.
Tetapi seorang lelaki membuktikan bahawa kerja mengutip sampah ini adalah sebuah pekerjaan yang seronok dan dia selalu gembira apabila melakukan kerja itu seperti yang dirakam dan dimuatnaik naik di media sosial aplikasi instagram.
Rakaman video itu telah menjadi tular dan banyak pendapat positif yang diterima kerana sebelum ini kerja mengutip sampah itu bukan kerja pilihan tetapi anak muda itu berjaya buktikan bahawa bukan bidang kerja yang dipilih menjadi sebab untuk kita enjoy bekerja tetapi kerana kita suka kerja kita.
Apabila diterjah ke ruangan komen, ramai yang memuji peribadi beliau yang nampak sangat gembira dan ikhlas melakukan pekerjaan tersebut.