Berbeza dengan anjing, kucing sering dianggap mengada-ngada pada pemiliknya. Tapi ada juga beberapa ras kucing yang terkenal penyayang, bahkan mampu membalas curahan kasih sayang pada orang-orang di sekitarnya. Percaya tak? Pencinta Kucing sudah semestinya percaya. Kucing adalah haiwan peliharaan paling popular di kalangan pencinta haiwan maka tidak hairanlah, ia sentiasa mendapat tempat di hati manusia yang tebal sifat kasih-sayangnya. Kalau nak tahu, kebanyakan orang, tidak kira wanita atau lelaki memilih kucing sebagai binatang peliharaan di rumah kerana sifatnya yang manja, mudah dijaga dan sangat memahami jiwa tuannya. Dalam erti kata lain, boleh dijadikan kawan berbual dan berkongsi rasa.
Pada pendapat anda, benarkah kucing mampu mendidik dan membentuk diri manusia? Kalau ditanya pada min, Min jawab Ya, seorang manusia itu tidak hanya boleh belajar daripada seorang manusia yang lain sahaja dimana Tuhan telah mencipta sesuatu itu dengan penuh hikmah dan pengajaran yang boleh diambil tauladan buat manusia itu sendiri. Betul tak? Penciptaan makhluk bernama kucing itu bukan hanya sia-sia. Ia sebenarnya boleh dijadikan hikmah untuk makhuk bernama manusia pula. Setuju tak dengan pendapat min ni?
Satu perkongsian video daripada seorang pengguna fesbuk ini amat menarik perhatian orang ramai lagi-lagi para netizen. Pemilik dua ekor kucing ini amat sayang dan sangat memanjakan dua ekor kucing kesayangannya malah selalu mengambil video-video menarik untuk tatapan orang ramai.
Video yang satu ini sangat menarik,… sedang pemilik mahu mengambil baju-baju didalam tempat menyimpan pakaian, tempat itu telah dihalang oleh kotak-kotak kosong. Pemilik mungkin pada masa yang sama sedang mencari kelibat dua ekor kucing kesayangannya itu.
Rupa-rupanya kedua-dua kucing kesayangan pemilik sedang bersenang-lenang berpeluk-pelukan romatik bagai sambil menonton cerita AYAM! Amboi bukan main lagi gaya kedua-dua kucing ini kan, mengalahkan tuan lagi tu. Siap ada tv sendiri lagi tu.
Video ini membuatkan orang ramai tercuit hati dan dibawah adalah antara komen-komen yang ditinggalkan oleh para netizen.